Artikel Popular

Monday, June 18, 2012

Model dan Idea yang Menghasilkan Wang

ISNIN, 18 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Brian Solomon yang menulis dalam Forbes, mengetengahkan model yang menerima bayaran yang tinggi di dunia. Daripada tujuh bilion penduduk dunia, model ini hanya merupakan seorang daripada 50 juta orang. Sepanjang 12 bulan lalu, pendapatan yang digabungkan untuk 10 orang model  yang menerima bayaran yang paling tinggi, daripada Gisele Bundchen kepada Candice Swanepoel, jumlahnya hanya di bawah AS$100 juta. 

Seperti tahun lalu juga, model Brazil yang menggemparkan, Bundchen memperoleh pendapatan tertinggi, iaitu AS$45 juta (semua anggaran dari 1 Mei 2011 ke 1 Mei 2012).  Bahkan, pada usia awal 30-an, Bundchen kekal sebagai kuasa yang tidak tolok bandingnya dalam dunia fesyen.  Menduduki tempat kedua ialah model super British Kate Moss yang memperoleh pendapatan AS$9.2 juta, manakala model Rusia, manakala model Rusia, Natalia Vodaianova, menduduki tempat ketiga, dengan pendapatan AS$8.6 juta.

Melampaui dunia peragaan yang menghasilkan pendapatan lumayan untuk sebilangan model, idea juga dikatakan mampu menghasilkan wang yang melimpah ruah. Dalam idea yang membuat AS$100 juta, Michelle Fox dalam CNBC bagaimana banyak usahawan dengan idea yang mudah dan permulaan yang merendah diri mampu mengubah idea secara berkesan menjadi perniagaan yang berjaya. "Nama, seperti Bill Gates, Larry Ellison, dan Mark Zuckerbreg biasa muncul dalam fikiran apabila orang ramai fikir tentang sebilangan mereka  yang bernasib baik yang membuat keuntungan daripada idea mereka, tetapi anda tidak perlu tinggal di Silicon Valley atau Seattle untuk mengubah idea anda menjadi berjuta-juta dolar."

Fox menyenaraikan individu berkenaan, antaranya Chris dan Robin Sorensen dengan Firehouse Subs, Mary Ellen Sheets dengan Two Men and a Truck, Bert dan John Jacobs dengan Life is Good, dan Sara Blakely dengan Spanx.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...