Artikel Popular

Thursday, June 21, 2012

Jimat-cermat Membawa Maut


KHAMIS, 21 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjL0mfe59ZFOFsBjXwSQqwjng0UD4QnK3j8vslcIJYXJYzD1qcTLM9W1Oz7xKV19jY06ZPsYTd5kAwAHqpuuyZgdlrQZJRAXCdaMc0nXvFRtOgeesYyiOanlo1q5BkOghcFHEMZ0wvvc3g/s1600/images+(2).jpg


Seperti yang dibahaskan oleh Michael Schuman dalam Time, "mana-mana  parti yang menerajui kerajaan, Greece akan terhumban semula ke zaman ketidakpastian." Lagipun, tatkala Greece masih bergelut dengan krisis, "kini Sepanyol dan Italy turut terbabit."  

Jimat-cermat yang dilaksanakan di banyak negara Eropah, termasuk Greece,  akhirnya membawa padah: ekonomi meleset dan pengangguran tinggi; para pemimpin atau parti politik yang terlibat tumbang; dan rakyat naik berang. Seperti yang dibahaskan oleh Laura Tyson dalam The Guardian, krisis Eropah tidak dapat diselesaikan oleh jimat-cermat.

Pastinya, tidak semuanya negara Eropah yang melaksanakan jimat-cermat berkesudahan dengan kesengsaraan. Estonia dan Latvia,  dikatakan  jaguh jimat-cermat. Latvia, menurut The Economist, melaksanakan jimat-cermat, mencatatkan pertumbuhan bersama-sama negara jirannya, Estonia dan Lithuania.  (Latvia ingin menyertai zon euro pada tahun 2014.)

Di sebalik cerita kejayaan yang boleh dikatakan merupakan "kes terpencil," rakyat Italy, Greece, dan Sepanyol terpaksa menanggung kesengsaraan yang amat sangat akibat pelaksanaan jimat-cermat di negara mereka.  Barbie Latza Nadeau yang menulis dalam Newsweek mendedahkan  lebih 80 orang rakyat Italy yang membunuh diri dan mati boleh yang boleh dikaitkan dengan langkah jimat-cermat sejak awal tahun ini. 

Banyak lagi yang membunuh diri mereka di Greece, jelas Barbie Latza, negara yang pernah berbangga dengan kadar  bunuh diri yang rendah di Eropah.  Terdapat 1727 orang yang membunuh diri mereka (atau cuba melakukannya) berikutan beban kewangan langkah jimat-cermat sejak tahun 2009.  

"Trend yang dahsyat meningkat di Sepanyol juga, yang kadar pengangguran untuk warga yang berusia 25 tahun ke bawah kini adalah lebih 50 peratus, yang membantu menjelaskan mengapa kumpulan umur berkenaan mempunyai kadar bunuh diri yang meningkat dengan pantas di negara itu," tulis Barbie Latza."

Jelas beliau lagi, "Di Ireland yang mengalami kemelesetan sejak tahun 2009, kadar orang sengaja mencederakan diri berlipat ganda sejak krisis bermula.  Di negara yang paling terjejas oleh krisis zon euro, kemurungan meningkat dan bunuh diri merebak."

Dalam makalah yang lain, khusus untuk Greece, Barbie Latza Nadeau menulis bahawa "pekerja seks  Athenian merasakan kesan jimat-cermat, dan tidak kira siapakah yang memenangi pilihan raya, mereka tidak mampu golongan ini."  Pilihan raya itu mungkin menenangkan atau menggelorakan zon euro, tetapi nasib pelacur tetap tidak berubah. Langkah jimat-cermat yang dikatakan "kemerosotan dalam program kesihatan awam" menyebabkan peningkatan yang mengejutkan dari segi bilangan orang Greece yang dirawat dengan penyakit HIV/AIDS."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...