Artikel Popular

Wednesday, June 6, 2012

Iklan Tetek Laris

RABU, 6 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Gambar kulit depan majalah Time, iaitu si anak menghisap tetek ibunya dengan begitu "bergaya,"   yang mencetuskan kontroversi baru-baru ini, nampaknya mula reda.  Namun, tetek tetap mendapat perhatian sekurang-kurangnya dalam periklanan.  Satu demi satu pengiklan diperhatikan begitu gemar menggunakan tetek untuk mempromosikan produk mereka.

Tetek dalam iklan, demikian tajuk akhbar dalam talian, The Huffington Post.  "Kita melihat syarikat menggunakan teteta untuk menjual segala-galanya daripada minyak wangi kepada kereta kepada kereta."  Memetik David Wallis daripada AdWeek bahawa kandungan seksual di mana-mana sahaja dalam pengiklanan.


Adakah iklan tetek mampu meningkatkan jualan sesuatu produk?  Jawapannya tidak muktamad. Dalam kes majalah Time itu, dikatakan jualan berkenaan meningkat. Dikhuatiri bahawa iklan seperti itu boleh mengganggu kesetiaan pelanggan.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...