Artikel Popular

Sunday, June 24, 2012

Melihat Dunia dari Selatan

AHAD, 24 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Samir Amin, intelektual Marxis, dalam wawancara diterbitkan dalam MRZine membicarakan sesuatu yang mempunyai kaitan rapat dengan krisis ekonomi yang berlaku sekarang, iaitu "modal monopoli" - suatu konsep yang bukannya baru. Konsep ini, menurut beliau, dicipta pada akhir abad ke-19 dan berkembang sedemikian, menerusi fasa berbeza seterusnya pada abad ke-20.  Akan tetapi, jelas Amin, bermula pada tahun 1970-an hingga 1980-an, dari segi kualitatif, tahap baru telah muncul.  Sebelum itu, meskipun wujud, modal monopoli tidak mengawal segala-galanya.

"Dari segi realiti," hujah beliau, "kini tidak wujud aktiviti ekonomi kapitalis yang autonomi atau bebas daripada kapitalisme monopoli yang mengawal setiap setiap satu aktiviti ekonomi kapitalis, meskipun aktiviti itu mempertahankan kewujudan autonomi, misalnya pertanian di negara kapitalis maju."


Dalam wawancara denga Irene Leon itu, Amin membincangkan ledakan kapitalisme dan bukannya krisis kapitalisme, yang menurut beliau berlaku bukan kerana serangan orang ramai, tetapi kerana kejayaan sistem itu sendiri. Kejayaannya, iaitu berjaya mengenakan sistem itu terhadap orang ramai, membawanya kepada punca pertumbuhan ketidaksamaan yang menggayatkan, yang bukan sahaja sungguh memeranjatkan dari sosial, tetapi tidak dapat diterima, tetapi berkesudahan diterima, diterima tanpa bangkangan.  Walau bagaimanapun, hal ini bukannya punca ledakan, tetapi hakikatnya bahawa sistem ini tidak dapat mengeluarkan dirinya semula daripada asasnya sendiri.

Jelas Amin lagi, tiga serangkai imperialis, iaitu Amerika Syarikat-Eropah-Jepun, mengenal pasti musuh mereka yang datangnya dari negara sedang muncul, iaitu China.  Mengapa China dianggap sebagai musuh?  Bagi Amin, kerana golongan pemerintah negara itu mempunyai projek, tetapi beliau tidak memperincikan, sama ada projek itu sosialis ataupun kapitalis. Yang penting, mereka mempunyai projek.  Projek yang tidak mengikut telunjuk modal kewangan diamkan, dikewangankan daripada tiga serangkai itu. "Tanpa apa-apa bising, China muncul untuk mencabar orde itu."

Maka, tidak hairan bahawa mengapa perang terhadap China merupakan sebahagian strategi tiga serangkai itu.  China berjaya dan mengapa dasar luar terlalu aman.  Kini, jelas Amin, muncul Rusia untuk menyertai China dalam kategori negara sedang muncul sebenarnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...