Artikel Popular

Monday, June 18, 2012

Kegembiraan ialah Gelas Separuh Kosong

ISNIN, 18 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Kegembiraan, secara amnya, menjadi idaman dan kesayangan setiap orang.  Dari segi ekonomi, sebagaimana Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), kegembiraan turut dijadikan ukuran untuk sesebuah negara, dengan Australia muncul negara yang paling gembira di dunia, menurut Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), sebuah organisasi kumpulan pemikir yang beribu pejabat di Paris.

Di peringkat individu pula, orang yang tinggi lebih gembira daripada orang yang pendek, seperti yang dibahaskan oleh Sean Gregory dalam Time kira-kira tiga tahun lalu. Menurut kajian, jelas Gregory, lelaki yang menyatakan hidup mereka "kemungkinan teruk" adalah hampir kurang satu  inci daripada lelaki purata.  Wanita kebanyakan terbuang adalah setengah inci rendah secara purata berbanding wanita purata.  Kegembiraan dikatakan hanya satu perkara lagi yang dimiliki oleh orang lebih tinggi.

OECD mempunyai Indeks Kehidupan yang Lebih Baik untuk mengukur kegembiraan sesebuah negara.  Oliver Buckerman yang menulis dalam The Guardian, menegaskan bahawa kegembiraan ialah gelas separuh kosong, "bersikap positif, melihat bahagian yang terang, tumpukan pada kejayaan."  Menafikan pendekatan moden yang paling popular untuk kegembiraan dan kejayaan merupakan falsafah mudah menumpukan perhatian terhadap perkara yang berlaku betul, Buckerman memetik falsafah pertama Greece dan Rom purba: perspektif yang menentang mencadangkan yang sebaliknya.  

"Usaha kita yang tidak mengenal penat jemu untuk berasa gembira, atau untuk mencapai matlamat tertentu, adalah bahawa betul-betul menjadikan kita sengsara dan mensabotaj rancangan kita.  Dan adalah bahawa pencarian kita yang konstan untuk membasmikan atau melupakan yang negatif, iaitu keadaan tidak terjamin, ketidakpastian, kegagalan, kedukaan yang menyebabkan kita berasa tidak terjamin, bimbang, tidak pasti atau tidak gembira sejak mula-mula lagi."

Buckerman menjelaskan bahawa pendekatan alternatif, iaitu "laluan negatif" kepada kegembiraan yang memerlukan mengambil pendirian yang berbeza yang sangat radikal ke arah perkara yang kebanyakan kita menghabiskan kehidupan kita cuba bersunguh-sungguh untuk mengelakkannya.  Hal ini melibatkan pembelajaran untuk menikmati ketidakpastian, mendakap keadaan tidak terjamin dan menjadi lazim dengan kegagalan.  Dalam usaha untuk mencapai kegembiraan sebenar, kita mungkin sebenarnya perlu bersedia untuk mengalami emosi yang lebih negatif, atau sejak awal lagi, jangan  meninggalkan segera emosi itu. 

"Fantasi positif tentang masa depan," jelas beliau, boleh membawa kepada kedurjaan dan kegagalan.  "Menghabiskan masa dan tenaga menumpukan perhatian pada bagaimana perkara elok akan terjadi, sebenarnya mengurangkan motivasi kebanyakan orang untuk mencapainya."

Tidak silap jika seseorang berfikiran negatif kerana dengan berfikiran seperti itu  dia berusaha gigih mengelakkannya daripada berlaku.  Sebaliknya, membayangkan sesuatu yang sentiasa elok, lalu mengabaikan kemungkinan sebaliknya, mendorong seseorang untuk tinggal dalam "zon selesa." Kita sering diberitahu supaya bersedia menghadapi sesuatu yang teruk kerana dengan itu, kita sentiasa bersedia sejak awal-awal lagi untuk menghindarinya. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...