Artikel Popular

Wednesday, June 20, 2012

Seniwati Hollywood Paling Mahal

KHAMIS, 21 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Kristien Stewart, menurut Forbes,  merupakan seniwati Hollywood yang dibayar paling mahal. Antara Mei 2011 hingga Mei 2012, seniwati yang baru berusia 22 tahun memperoleh pendapatan yang tinggi jika dibandingkan dengan seniwati lain, iaitu AS$34.5 juta.  

Kebanyakan pendapatan ini datangnya daripada  Twilight yang Kristien berlakon sebagai Bella Swan.  Beliau juga memperoleh pendapatan yang besar kerana berlakon dalam Snow White and the Huntsman.

Sementara Cameron Diaz termasuk dalam senarai,  menduduki tempat kedua, dengan pendapatan AS$34 juta; diikuti oleh Sandra Bullock dengan pendapatan AS$25 juta. Kepada peminat Angelina Jolie, jangan putus asa kerana seniwati ini turut tersenarai, memperoleh pendapatan AS$20 juta. Charlie Theron yang mengekori Angelina, berpendapatan AS$18 juta. Tidak ketinggalan seniwati veteran, iaitu Julia Roberts, memperoleh pendapatan AS$16 juta, Sarah Jessica Parker (AS$15 juta), dan Meryl Streep (AS$12 juta).

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...