Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Krisis euro menyebabkan hubungan antara Jerman dengan Greece pada tahap yang rendah. Berlin sementara sebelah tangan membantu Greece untuk meredakan krisis hutang melalui pelan penyelamat, tetapi sebelah tangan lagi "memulas" negara itu dengan mendesak pelaksanaan pemotongan belanjawan, pelaksanaan jimat-cermat, dan penswastaan aset negara. Bahkan, perletakan jawatan Perdana Menteri George Papandreous dikatakan angkara Berlin dan Brussels. Walaupun Jerman banyak membantu Greece yang dalam kesusahan itu, rakyat negara itu terus menunjukkan keberangan mereka terhadap Jerman sehingga mendorong Fareed Zakaria menulis, "masa untuk berkata danke."
"Perseteruan" antara Jerman dengan Greece, seperti yang dibangkitkan dalam The Independent terbawa-bawa dalam Euro 2012 apabila pasukan kedua-dua negara bertemu dalam perlawanan suku akhir: "Ujian stres euro yang sebenarnya." Greece lawan Jerman, perlawanan pelan penyelamat, ulas BBC.
"Hari-hari hingga perlawanan itu berlangsung," tulis Barbie Latza Nadeau dalam The Daily Beast, "bukan sekadar bola sepak. Ini perlawanan dendam; soal harga diri untuk rakyat Greece yang nyaris-nyaris tersingkir dari zon euro." Di seluruh Eropah, tulis beliau lagi, perlawanan diibaratkan "Piala Pelan Penyelamat" dan "Perlawanan Hutang." Akhbar sukan Athenian membesarkan tajuk depan dengan "Mufliskan Mereka," manakala di Berlin muncul "Kali Ini Kami Tidak Dapat Menyelamatkan Kamu."
Jelas Barbie Latza dalam tulisannya tentang "diplomasi bola sepak" itu, tinjauan pendapat terbaharu di Jerman menunjukkan hampir separuh rakyat Jerman mahu Greece keluar dari zon euro. Demikian juga tinjauan pendapat di Greece yang menunjukkan bahawa 78 peratus rakyat Greece mempunyai pendapat "yang tidak baik" terhadap Jerman.
Para penyokong Jerman dan Greece, menurut The Guardian, mendapati krisis zon euro dan Euro 2012 saling berkait yang tidak dapat dipisahkan. Memang penyokong Greece tidak menjangkakan pasukan mereka mampu menewaskan Jerman, perlawanan terlalu berat dari segi keertian politik dan ekonomi, dianggap di Athens sebagai "ibu segala perlawanan" dan di Berlin sebagai "ujian stres euro yang mutlak."

Namun, gelagat Canselor Jerman, Angela Merkel bersorak setiap kali pasukannya menjaring gol dalam kemenangan 4-2 mereka, membangkitkan kemarahan rakyat Greece. "Yang benar-benar mengganggu saya ialah cara beliau bersorak untuk pasukannya, saya benar-benar tidak suka, dan 99.9 peratus rakyat Greece tidak suka."
Memang sukar untuk memisahkan perlawanan di padang Gdansk, Poland itu dengan krisis zon euro dan ketakutan terhadap masa depan Greece dalam wang itu. Perlawanan Jerman dan Greece dibawa ke luar padang.
Selepas kekalahan di tangan Jerman itu, kemuraman rakyat Greece, menurut Joanna Kakissis dalam Time, semakin dalam. Penyokong Greece yang mengharapkan pasukan mereka menumpas Jerman, tidak membayangkan kekalahan yang teruk seperti itu. Bahkan, mereka naik meluat melihat Angela Merkel bersorak keriangan setiap kali pasukannya menjaringkan gol. Bagi rakyat Greece, kemenangan menentang Jerman dapat mengubat jiwa mereka yang rawan bertahun-tahun yang hilang harga diri dan maruah kerana terpaksa mengikut telunjuk Berlin.
Jerman menewaskan Greece, kali ini dalam bola sepak, tulis John Cassidy dalam blog The New Yorker. "Sebagaimana dalam perbincangan pelan penyelamat, sebenarnya perlawanan itu berat sebelah, dengan Jerman menguasai permainan sejak awal hingga tamat perlawanan."
Greece diaibkan dalam pelan penyelamat, sekali lagi menanggung keaiban di tangan Jerman, iaitu dalam Euro 2012.
No comments:
Post a Comment