Artikel Popular

Monday, June 4, 2012

Orang Greece Kerja Kuat

ISNIN, 4 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Sejak krisis hutang melanda Eropah, orang Greece sering dipersenda:  malas bekerja  dan enggan membayar cukai dan tidak ada tindakan diambil terhadap mereka. Justeru, negara itu  wajar keluar dari zon euro yang pada hakikatnya, sudah berkecai. Kalau ingin menyelamatkan euro, "bunuh pesakit euro."  Namun, tuduhan malas, terbukti tidak berasas sama sekali.  

Kajian Pew Global tentang Eropah  yang dipetik oleh carta harian The Economist, orang Greece mendakwa bahawa mereka orang Eropah yang kerja kuat. Orang ramai di lapan buah negara Eropah itu ditanya penduduk negara manakah yang kerja kuat, kecuali orang Greece, mereka mengatakan orang Jerman.  Sebaliknya, orang Greece mendakwa diri mereka kerja kuat.


Walau bagaimanapun, dakwaan orang Greece bukannya tidak berasas kerana kajian Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan (OECD), yang kadangkala dirujuk kelab negara kaya mendedahkan bahawa mereka memang kerja kuat.  Daripada 34 buah negara anggota, Greece menduduki tempat ketiga selepas Korea Selatan dan Chile, mengatasi jam kerja purata OECD, 1718 jam.  Namun, bekerja lebih  lama bukan bermakna bekerja lebih baik

Juga, seperti yang dinyatakan dalam carta harian itu, bekerja lebih lama tidak bersamaan dengan produktiviti yang lebih tinggi, dan produktiviti Greece adalah rendah secara relatifnya. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...