Artikel Popular

Monday, June 25, 2012

PIGS Kuasai Euro 2012

ISNIN, 25 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Apabila beberapa buah negara zon euro dilanda krisis hutang sejak kira-kira tiga tahun lalu, akronim yang jika diberikan kepada negara berkenan, iaitu PIGS (Portugal, Ireland, Greece, dan Sepanyol), kemudian muncul PIIGS, melibatkan Italy. 

Namun, tiga negara PIGS/PIIGS (Portugal, Italy, dan Sepanyol) itu berjaya mara ke peringkat separuh  akhir Euro 2012 bersama-sama negara yang dianggap "saku dalam," iaitu Jerman.  Seandainya Greece menewaskan Jerman dalam perlawanan suku akhir, pastinya PIGS/PIIGS benar-benar menguasai Euro 2012.  Dengan selesainya perlawanan peringkat suku akhir, maka  sekurang-kurangnya sebuah negara PIGS/PIIGS, pasti mara ke peringkat akhir.

Tewas dalam krisis euro, tetapi menang dalam Euro. "Meskipun pada masa yang sukar, dengan ekonomi dalam krisis dan ahli politik bertelagah tentang euro,  tulis Eric Pfanner dalam The New York Times, bola sepak Eropah kebal daripada krisis. Meskipun berlaku krisis, kos hak bola sepak Eropah meningkat."



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...