Artikel Popular

Sunday, June 17, 2012

Pengalaman Lelaki yang Naik "Galak" Semula

AHAD, 17 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Beberapa tahun lalu, seorang kawan, secara berseloroh memberitahu saya bahawa dia "tidak lagi mempunyai tenaga" untuk mengadakan hubungan seks dengan isterinya. Kawan saya itu pernah bercerai, berkahwin dengan isteri sekarang yang lebih muda daripada isteri pertama itu.  Namun, dia menambah, "Kalau tukar gambar, gagah balik."

Ken Solin yang menulis "Lost and Found of Mojo" menceritakan pengalaman seksualnya yang kehilangan Mojo.  Beliau tidak dapat tidur kerana kehilangan itu, memikirkan jika Mojo itu dapat ditemui semula. 

Namun, daripada beberapa kali pertemuan dengan seorang wanita, Solin mengakui bahawa libidonya bangkit semula  apabila wanita itu meluahkan perasaany pada beliau sebagai lelaki pada peringkat emosi dan bukan sekadar daya tarikan fizikal.  "Apabila wanita itu meluahkan isi hatinya, hati saya kembang, dan badan saya diperhatikan."  

"Saya tidak mahu lagi menjadi hanya seksual untuk memuaskan keperluan fizikal saya.  Kini wujud komponen emosi sekarang, dan menambat perhatian padanya."  Jelas Solin, "Mojo saya bangkit semula, badan saya berfungsi secara normal, dan keinginan seksual saya menjadi sukar untuk dikawal.  Mengapa dikawal?"

Walau bagaimanapun,  Solin menjelaskan bahawa beliau tidak merujuk kejujuran emosi beliau semata-mata, tetapi juga emosi wanita.  Perbualan perlu berkembang menjadi jenis dialog emosi yang menjadikan hubungan berfungsi.

"Mendengar wanita berkongsi isi hatinya tentang saya adalah apa yang membangkitkan Mojo saya pada mula-mula lagi.  Saya tahu bahawa masih wujud sesetengah lelaki yang menolak anggapan kejujuran emosi dengan wanita, tetapi hal ini terus membuktikan nilainya kepada saya."

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...