Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Dianggarkan antara 90 juta hingga 95 juta orang buruh kurang mahir tidak diperlukan oleh majikan pada tahun 2020. Laporan yang dikeluarkan oleh McKinsey Global Institute, yang dipetik oleh The Huffington Post, golongan ini mudah terdedah kepada pengangguran kekal. Kajian itu memaklumkan bahawa berpuluh-puluh juta orang di seluruh dunia terpaksa menghadapi pengangguran jangka panjang, kecuali para pemimpin global melakukan perubahan yang signifikan untuk menangani pengangguran dan latihan pekerja.
Sementara itu, majikan di seluruh dunia akan memerlukan hampir 45 juta orang lebih pekerja kemahiran sederhana (dengan kelulusan sekolah menengah dan latihan vokasional) dan 38 juta hingga 40 juta lebih pekerja kemahiran tinggi (dengan pendidikan kolej) berbanding dengan yang dapat diperoleh.
Pertumbuhan pesat dalam bilangan pekerja kemahiran rendah, berbanding dengan permintaan majikan terhadap golongan ini, berkemungkinan mewujudkan lebih luas jurang ketidaksamaan pendapatan di seluruh dunia, menurut kajian tersebut.
Dunia telah pun sengsara akibat pengangguran yang semakin berkembang; menurut Pertubuhan Buruh Antarabangsa, enam peratus pekerja di seluruh dunia menganggur. Hal ini membawa kepada tiga juta orang lagi menganggur di seluruh dunia pada tahun 2012, atau berjumlah 200 juta orang, meningkat kepada 206 juta orang pada tahun 2016.
No comments:
Post a Comment