Artikel Popular

Wednesday, June 20, 2012

Kekayaan Dunia: Asia Atasi Amerika

RABU, 20 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Memetik laporan terbaharu Capgemini dan RBC Wealth Management, bilangan jutawan Asia, menurut The Guardian, mengatasi Amerika Utama untuk pertama kali, menunjukkan anjakan kekayaan merentas dunia akibat kemerosotan ekonomi.  

Di rantau Asia-Pasifik, kini wujud 3.37 juta lelaki dan wanita yang memilik lebih AS$1 juta dalam bank, berbanding dengan 3.35 juta di Amerika Utara.  Akan tetapi, tahap keseluruhan kekayaan di Amerika Utara masih tinggi di dunia, dengan jutawannya, seperti Warrent Buffetf dan Bill Gates, menguasai AS$11.4 trilion, manakala ahli perniagaan Asia menguasai AS$10.7 trilion, meskipun tahap kekayaan merosot dua kali cepat di Amerika Utara, seperti di Asia pada tahun 2011.

Jutawan di Amerika Syarikat, Jepun, dan Jerman masih merupakan lebih separuh golongan kaya dunia, tetapi tahap kekayaan dunia jatuh untuk pertama kali sejak keterukan kemerosotan ekonomi pada tahun 2008.  Di United Kingdom, yang mempunyai bilangan jutawan kelima tertinggi, keanggotaan kelab elit jatuh 2.9 peratus daripada 454,300 orang kepada 441,300 orang, manakala Jerman dn Perancis melihatkan peningkatan. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...