Artikel Popular

Wednesday, June 6, 2012

Kekayaan Bangsa

RABU, 6 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Wujud kecenderunga yang mendalam untuk mengukur prestasi ekonomi, dan pada takat tertentu,   pembangunan ekonomi sesebuah negara, yang melampaui Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), misalnya dari segi kegembiraan dan kesejahteraan.  Memang ahli ekonomi menyedari keterbatasan KDNK yang digunakan selama 70 tahun dari segi   mengukur kesejahteraan.  Seperti yang pernah dikatakan oleh Robert Kennedy yang dipetik dalam carta harian The Economist, "KDNK mengukur serba-serbi, kecuali menjadikan kehidupan lebij berfaedah. 

Carta harian itu memetik indeks Kehidupan yang Lebih Baik yang masuk tahun kedua, dikeluarkan oleh Organisasi Kerjasama Ekonomi dan Pembangunan yang melibatkan kajian di 34 buah negara anggota organisasi kumpulan pemikir itu. Mendahului senarai, seperti yang pernah dinyatakan dalam blog ini beberapa lalu, ialah Australia, diikuti oleh Amerika Syarikat dan  Norway.  Negara lain yang menduduki tangga ke-10 ke atas ialah Sweden, Kanada, Switzerland, Belanda, Britain, Ireland, dan Austria.  Sementara menduduki negara yang paling bawah ialah Turki, diikuti oleh Mexico, Chile, dan dua negara BRIC, iaitu Rusia dan Brazil.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...