Artikel Popular

Friday, June 1, 2012

Lembu Suci Niaga Haram

JUMAAT, 1 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Bagi orang India, dua kesucian dalam hidup mereka yang tidak boleh disentuh: satu manusia dan satu lagi haiwan. Bagi kebanyakan rakyat India, Mahatma Gandhi mereka anggap suci, walaupun akhirnya terdedah tentang kehidupan seks pemimpin ini.  Demikian juga lembu bagi orang India yang beragama Hindu.  Sebagaimana Gandhi, kesucian lembu juga dipersoalkan, antaranya oleh D.N. Jha dan Francis Fukuyama dalam buku terbaharunya, The Origins of Political Order


Hari ini, Andrew Buncombe melaporkan dalam The Independent tentangn perniagaan haram lembu suci yang melibatkan penyeludupan lembu dari India ke Bangladesh.  Setiap tahun, beratus-ratus ribu ekor lembu yang dianggap suci di India, dengan eksport diharamkan secara keras, diseludup secara haram ke Bangladesh tempat lembu bertukar menjadi kasut, tali pinggang, pinggang mangkuk tembikar, dan pastinya, daging.  


Memetik sumber petugas sempadan India, "Penyeludupan berlaku setiap hari yang akan melibatkan 50, 100, atau 200 ekor lembu pada sesuatu masa." 


Cerita penyeludupana tahunan dianggarkan 1.5 juta ekor lembu banyak diperkatakan tentang India moden, tentang kadangkala layanan kepura-puraan terhadap lembu yang dianggap suci, kuasa politik Hinduisme sayap kanan, dan rasuah yang membenarkan 320 juta paun diniagakan secara haram terus berkembang.  Akan tetapi, jelas Buncombe,  hakikatnya cerita ini adalah mengenai penawaran dan permintaan.  India yang mempunyai majoriti Hindu dianggarkan mempunyai  280 juta ekor lembu, tetapi  membunuh dan memakan dagingnya adalah sah hanya dalam tangan negara.  Sementara, Bangladesh yang majoriti Islam, yang daging lembu dimakan dengan suatu kenikmatan, kesusahan kerana kekurangan haiwan ini. Separuh daging lembu yang digunakan di Bangladesh datangnya dari jirannya yang besar yang terletak di sebelah barat. 


Wang selalunya mengatasi segala-galanya, bahkan  agama mampu ditundukkanya.  



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...