Artikel Popular

Friday, June 22, 2012

Sang Suria, Samudera, dan Seks

JUMAAT, 22 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Seks percutian, seperti yang dilaporkan oleh The Huffington Post, bahawa 40 peratus wanita di bawah usia 30 tahun mengadakan hubungan seks semalaman. 

Memetika kajian baru diterbitkan dalam The Daily Mail,  yang menunjukkan wanita dalam usia 20-an tahun bukan sekadar relaks ketika percutian musim panas.  Kajian yang dijalankan oleh MissTravel.com, melibatkan 30,000 wanita British, semunya ahli laman Web itu, menanyakan peserta 10 soalan tentang kelakuan seksual mereka ketika percutian musim panas.  Lebih 40 peratus peserta di bawah usia 30 tahun menyatakan mereka mengadakan hubungan seks semalaman ketika percutian itu, manakala 10 peratus mengatakan bahawa mereka mempunyai lima atau lebih regu seksual sepanjang percutian selama seminggu itu.  Sementara 35 peratus memaklumkan bahawa mereka mengadakan hubungan seks dengan hanya satu regu. 

Tinjauan pendapat  itu juga mendapati  bahawa wanita yang dikaji, semua usia, berkemungkinan besar secara kebetulan mengalami hubungan seksual ketika percutian itu berbanding dengan ketika mereka tinggal di rumah.  Mengulas perkara ini, menurut Brandon Wade, Ketua Pegawai Eksekutif MissTravel, "Jelas bahawa wanita lebih  bebas daripada kongkongan seksual apabila mereka keluar dari zon selesa."

Persekitaran dan suasana boleh membangkitkan keinginan seksual seorang atau pasangan.  Kalau asyik tinggal di rumah, berkemungkinan besar keinginan itu tidak berkobar, tidak melonjak.  Akan tetapi, keadaan pastinya berubah apabila seseorang atau pasangan menginap di hotel atau berlibur. 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...