Artikel Popular

Thursday, June 7, 2012

Cameron, Obama, Soros, Masih Mengharapkan Angela

KHAMIS, 7 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Krisis hutang Eropah masih berpanjangan dan bilakah akan berakhir, tidak dapat dipastikan.  Yang jelas krisis terus degil, kalaupun tidak semakin teruk. Sementara krisis euro berlarutan,   dengan Sepanyol merayu bantuan Kesatuan Eropah untuk bank-bank yang dalam kesusahan. Bank Pusat Eropah (ECB) tidak mempunyai kesepakatan terhadap dasar monetari. Tidak ada penyelesaian daripada Kesatuan Ekonomi dan Monetari (EMU) yang dilihat membiarkan krisis berlarutan. 

Jerman yang diletakkan harapan untuk menyelesaikan krisis zon euro, diperhatikan,: "Nein!  Nein!  Nein!  Lagi sekali."  Meskipun Jerman dilaporkan terasing semasa sidang kemuncak G-8 di Camp David baru-baru ini, Berlin masih dengan tabiat lamanya, iaitu terhegeh-hegeh untuk menyelamatkan krisis euro.  Harapan Perdana David Cameron supaya Jerman menyelesaikan krisis, seakan-akan tidak dipedulikan oleh Canselor Angela Merkel. Yang terbaharu, Angela Merkel menolak cadangan perkongsian hutang yang dikemukakan oleh Presiden Barack Obama. Merkel dan menteri-menterinya juga menolak rayuan supaya jangan terlalu mendesak Sepanyol yang sistem perbankan dalam krisis yang teruk

George Soros yang tidak jemu-jemu meminta agar Jerman menyelamatkan euro, dalam ucapannya di Italy, menegaskan bahawa euro akan terus wujud, tetapi Kesatuan Eropah boleh menjadi "empayar Jerman." Ucapan Soros tentang euro itu, bahas Ezra Klein, dalam blognya mendapat perhatian yang meluas. 


Meskipun Jerman dikatakan sudah terlewat untuk menyelamatkan euro, harapan pada negara itu tidak pernah padam.  Soros  yang dipetik meluas, antara oleh The Independent, The GuardianThe TelegraphBBC, dan  CNBC, memberitahu  Jerman bahawa negara itu mempunyai masa tiga bulan untuk menyelamatkan euro dan mencegah Kesatuan Eropah daripada berkecai.


Meskipun pernah "dikecewakan" oleh Angela Merkel, David Cameron dan Barack Obama nampaknya masih belum berputus asa. Cameron dilaporkan menyampaikan mesej yang keras kepada Merkel di Berlin bahawa beliau dan Barack Obama bersetuju akan perlunya untuk mengembangkan "rancangan segera" untuk menyelesaikan krisis zon euro. 


Di tengah-tengah kebimbangan di London dan Washington bahawa Canselor Jerman itu sengaja melengah-lengahkannya, Perdana Menteri British itu akan memberitahu Merkel bahawa zon euro hanya mempunyai masa seminggu untuk bertindak menopang mata wang tunggal itu.


Hakikatnya, nasib Eropah bergantung pada seorang pemimpin:  Detik Angela. Soalnya, adakah Angela Merkel itu akan mendengar segala  pujukan atau desakan, termasuk daripada Cameron, Obama, dan Soros?  Lebih-lebih lagi memandangkan bahawa beliau menghadapi tekanan politik dalam negaranya sendiri, maka tidak memeranjatkan jika beliau "Nein! Nein! Nein! Lagi sekali.  



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...