Artikel Popular

Sunday, June 17, 2012

Murdoch Heret British ke Dalam Perang Iraq

AHAD, 17 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Skandal penggodaman telefon yang dibongkar kira-kira setahun lalu, yang akhirnya membawa kepada Leveson Inquiry, mendedahkan "penglibatan" Perdana Menteri British David Cameron dan bekas Perdana Menteri Tony Blair. Jika sebelum ini teks mesej "Lol" didedahkan, yang terbaharu, "We're in this together!" yang dihantar oleh Rebekah Brooks kepada David Cameron yang diulas dengan cukup kritis dan analitis oleh Jonathan Freedland dalam The Guardian

Pastinya, pendedahan yang menarik dan menunjukkan bagaimana berkuasa dan berpengaruhnya Rupert Murdoch dalam politik Britain, ialah desakan beliau terhadap Perdana Menteri British ketika itu, Tony Blair untuk bersama-sama Amerika Syarikat,  melancarkan serangan terhadap Iraq pada tahun 2003. 

Pendedahan yang dilakukan oleh Alastair Campell  merupakan satu lagi tamparan terhadap raja media itu yang pernah memberitahu Leveson Inquiry bahawa beliau (Murdoch) tidak cuba mempengaruhi mana-mana Perdana Menteri.  Diari Campbell itu mencatatkan bahaw aMurdoch memberikan amaran kepada Blair melalui perbualan telefon akan bahaya melengah-lengahkan serangan itu. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...