Artikel Popular

Friday, June 15, 2012

Ahli Politik Amerika yang Kaya-raya

JUMAAT, 15 Jun 2012
Oleh:   ZULKIFLI  SALLEH




Mitt Romney dalam persiapan untuk pertarungan abad ini, meskipun beliau belum disahkan lagi oleh partinya, Republikan, mengiystiharkan hartanya yang bernilai AS$250 juta. Dengan kekayaan sejumlah itu, jika Romney memenangi Pilihan Raya Presiden November ini, beliau dianggap salah seorang  Presiden yang terkaya di Amerika Syarikat.  Pastinya mempertarung beliau dengan penjawat kini, iaitu Presiden Barack Obama  betul-betul "antara dua darjat"  - Obama hanya memiliki aset bernilai antara AS$2.6 juta dengan AS$8.3 juta.

Dalam kalangan ahli politik Amerika, menurut Bloomberg, Nancy Pelosi (Demokrat), Pemimpin Minoriti Dewan Perwakilan menyertai Eric Cantor (Republikan), Pemimpin Majoriti, sebagai anggota yang kaya-raya dalam Dewan Perwakilan Amerika Syarikat.  Nancy, 72, dengan AS$40 juta hingga AS$187 juta dalam aset kewangan, bersama-sama suaminya, pelabur hartanah, Paul Pelosi. 


Turut tersenarai, Ketua Minoriti Senat, Mitch McConnel (Republikan) yang mempunyai aset bernilai antara AS$9.9 juta hingga AS$44.5 juta.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...