Artikel Popular

Monday, June 11, 2012

Apple Kuasa Global Terbesar

SELASA, 12 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Kedudukan Amerika Syarikat kuasa besar semakin terhakis dan dicabar oleh China terutamanya, dan beberapa negara lain, seperti Brazil, Rusia, India, dan Turki.  Robert Kagan antaranya, yang pernah dipetik sebelum ini, menafikan keterhakisan kuasa Amerika Syarikat di peringkat global.  

Sementara Charles A. Kupchan yang juga pernah dipetik sebelum mengakui kemerosotan Amerika, tetapi mengakui bahawa tidak ada negara yang menjadi penggantinya. Dalam keluaran khas:  krisis orde lama, The National Interest membayangkan anjakan kuasa dari Barat ke Timur. 

China meskipun sedang bangkit sebagai kuasa ekonomi dan ketenteraan,  diyakini tidak akan "memerintah" dunia. Kalaupun wujud  persaingan antara  China dengan Amerika Syarikat, medan pertarungan mereka hanya tertumpu di  Asia-Pasifik.  Hal ini demikian  kerana Amerika mara di rantau ini untuk mengimbangi China. Sementara itu, akibat keinginan China menguasai Laut China Selatan, mencetuskan pertembungan bersenjata yang mengundang kehadiran Amerika di rantau yang kian bergelora dan bergolak ini.

Dalam tertanya-tanya negara manakah yang akan menggantikan Amerika Syarikat sebagai kuasa besar, Zachary Karabell yang menulis dalam The Daily Beast menegaskan Apple muncul sebagai kuasa global terbesar.  Apple melaporkan AS$39.2 bilion dari segi hasil dan AS$11.6 bilion keuntungan bersih.  

Kemunculan Apple merupakan contoh utama terputus antara negara dengan syarikat, antara kemewahan relatif orang yang terhitung banyak di negara maju dengan kemiskinan relatif kerajaan mereka. 

Apple jelas Karabell, mempuyai kira-kira 60,000 orang pekerja penuh masa di seluruh dunia.  Apple merupakan syarikat AS$600 bilion. Nigeria, bahas beliau, mempunyai penduduk kira-kira 170 juta orang dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kurang separuh daripada permodalan pemasaran Apple. 

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...