Artikel Popular

Thursday, June 14, 2012

Pengeluaran dan Penggunaan Minyak

KHAMIS,  14 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Fareed Zakaria pernah menulis satu topik yang menarik, iaitu pengubah permainan dalam geopolitik apabila Amerika Syarikat muncul sebagai negara pengeluar utama gas dan pada harga yang murah berbanding dengan gas yang dikeluarkan oleh Rusia yang digunakan oleh banyak negara Eropah sekarang. Dalam tulisan itu, Fareed memetik laporan International Energy Agency's 2012 yang menyatakan  "zaman keemasan gas."

Memetik Statistical Review of World  Energy yang diterbitkan pada 13 Jun, carta harian The Economist menunjukkan pengeluaran dan penggunaan minyak dunia. Negara Arab, seperti Arab Saudi, Amiriah Arab Bersatu (UAE), Kuwait, dan Iraq merupakan pengeluar terbesar minyak pada tahun 2011.  Turut tersenarai ialah Amerika Syarikat yang mengeluarkan hampir 300,000 tong minyak sehari, manakala pengeluaran di negara lain, iaitu Norway, Azerbaijan, Angola, Britain, dan Libya yang mengalami pergolakan politik, merosot.

Dari segi penggunaan pula, China paling banyak menggunakan minyak, iaitu 500,000 tong sehari, diikuti oleh Rusia dan India yang masing-masing sekitar 150,000 tong sehari.  Arab Saudi pengeluar minyak terbesar pada tahun lalu juga merupakan pengguna yang besar, iaitu kira-kira 100,000 tong minyak sehari dan UAE kira-kira 50,000 tong sehari.  Sementara Amerika Syarikat yang ditanggapi negara pengguna minyak terbesar di dunia, penggunaannya merosot 300,000 tong sehari pada tahun 2011.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...