Artikel Popular

Tuesday, June 12, 2012

Ekonomi Merudum Gaji Eksekutif Melambung

SELASA, 12 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Gaji ketua pegawai eksekutif di Wall Street, seperti yang dilaporkan oleh Bloomberg, meningkat 20 peratus. Mendahului senarai ialah Henry Roberts Kravis dan diikuti oleh George Roberts. Kravis dan Roberts mendahului senarai 50 orang CEO kewangan yang pampasan secara kolektif meningkat secara purata 20.4 peratus pada tahun, tahun apabila bank dan brokeraj besar melihat hasil, keuntungan, dan harga saham menjunam. 

Sebaliknya, di Main Street, orang kebanyakan terpaksa bergelut dengan segala kepayahan: kehilangan pekerjaan, kemerosotan pendapatan, kerugian pelaburan, dan kehilangan pendapatan.  Melihat nasib dua golongan yang sangat berbeza ini, mewajarkan perjuangan gerakan Menduduki Wall Street, dan membuktikan betapa meluasnya ketidaksamaan

Sementara mereka di Wall Street menikmati hidup yang lumayan, para eksekutif syarikat FTSE 100, dilaporkan oleh The Guardian,  menerima habuan mereka, iaitu menikmati kenaikan 12 peratus secara purata pada tahun lalu, sedangkan pekerja sukar menerima mana-mana kenaikan upah. Mendahului senarai ialah Bob Diamond dan Sir Martin Sorrell. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...