Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Wanita tidak mendapat segala-galanya, salahkan budaya kerja yang ekstrem, tulis Rana Foroohar dalam Time dengan memetik tulisan Anne-Marie Slaughter dalam The Atlantic, yang banyak diperkatakan dan dijangkakan dibaca oleh wanita tahap profesional tinggi.
Sebenarnya, perbincangan tentang wanit tidak terbatas pada dunia keprofesionalan, tetapi juga melibatkan dunia penulisan. Menurut pengarang British, Jilly Cooper, seks dalam fiksyen secara amnya hilang daya tarikannya untuk kaum wanita. Alasannya, "Wanita tidak mahu seks lagi." Kenyataan beliau itu memeranjatkan kerana novel erotik E.L. James, Fifty Shades of Grey mencipta jualan terlaris dan pernah diharamkan di perpustakaan di Florida, Amerika Syarikat.
Cooper yang menulis beberapa buah novel romans, menyalahkan jadual ketat yang dialami wanita menyebabkan mereka keinginan seks mereka pudar. Namun, beliau menaruh harapan bahawa Fifty Shades of Grey akan memberikan suntikan baru untuk novel seks. Novel tersebut juga, tegas Jen Doll, mengubah wajah penerbitan.
Kenyataan Cooper itu diragui kerana wanita masih belum minat terhadap seks, baik dalam fiksyen mahupun dalam kehidupan sebenar. Pastinya, bahaya jika dalam kehidupan sebenar, wanita tidak mahu mengadakan hubungan seks. Ke mana si suami ingin melepaskan sesak?
No comments:
Post a Comment