Artikel Popular

Friday, June 15, 2012

Salma Hayek Berbogel, Demi Moore Berdurja

JUMAAT, 15 Jun 2012
Oleh:  ZULKIFLI SALLEH




Madonna yang usianya, 53 tahun memasuki ambang senja, terpaksa mendedahkan punting tetek dan "jambannya."   Untuk terus menarik perhatian, dia bertelagah dengan Lady Ganga.  Demikianlah warna-warni kehidupan artis dan selebriti di mana-mana sahaja, termasuk di negara kita.

Dalam drama trailer baru,  Americano, Salma Hayek dilaporkan berbogel sesuai dengan wataknya penelanjang dan pelacur. Sementara anak-anak Demi Moore hasil perkahwinannya dengan Bruce Willis, melahirkan rasa bimbang mereka tingkah laku ibu mereka yang pernah menjalani rawatan pemulihan. Demi Moore dikatakan melakukan perkara yang menyebabkan anak-anaknya berasa bimbang yang mungkin dia tidak serius dan mereka tidak berasa gembira tentang tingkah laku ibu mereka.

Bagi saya, sebut sahaja Demi Moore, akan terbayang filem beliau bersama-sama Robert Redford pada tahun 1993, iaitu Indecent Profosal, sebagaimana saya mengingati Sharon Stone dalam Basic Instint bersama-sama Michael Douglas.  Kedua-dua seniwati ini, iaitu Moore dan Stone memang popular pada tahun 1990-an, tetapi kini mengalami nasib yang berbeza.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...