Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Rana Foroohar pernah menulis dalam rencana utama Time berhubung dengan kemerosotan dan kejatuhan Eropah (dan mungkin Barat) dengan mengemukakan beberapa contoh sebagai titik tolak hujahnya: rusuhan di kota-kota Inggeris dan krisis euro yang melanda benua itu, dan kacau-bilau pasaran.
Bagi sesiapa yang mengikuti apa yang berlaku di Eropah sejak beberapa tahun ini, iaitu sejak tercetusnya krisis hutang, di samping pergolakan serta kekacauan sosial, pastinya tidak berasa terperanjat dengan apa yang diketengahkan dan dibahaskan oleh Foroohar itu. Krisis hutang Eropah, tegas Gideon Rachman dalam The National Interest, mengancam orde politik yang dibina lebih setengah abad. Untuk Kesatuan Eropah, seperti yang dibahaskan oleh Clive Crook dalam Bloomberg, "benih krisis disemai 60 tahun lalu."

Pilihan Raya Greece yang akan berlangsung pada 17 Jun ini, dipercayai cukup penting bukan sahaja terhadap nasib negara itu, tetapi juga nasib seluruh Eropah menjadi pertaruhan. Eropah dan Jepun, bahasa Steve Forbes, "membunuh diri mereka sendiri." Grexit menjadi perkataan popular sekarang membayangkan bahawa Greece akan keluar dari zon euro, dan negara Eropah diperhatikan bersedia untuk menghadapi tindakan tersebut, manakala zon euro membangunkan pelan kontingensi Grexit. Krisis Greece dan implikasinya terhadap negara itu sendiri dan Kesatuan Eropah, terus diperdebatkan.
Bahkan, Grexit telah pun berlaku, bahas George Irvin dalam Social Europe Journal apabila rakyat negara itu, berpusu-pusu, berebut-rebut mengeluarkan wang simpanan mereka dari bank-bank. Justeru, dalam kata-kata Simon Johnson dan Peter Boone, "berakhirnya euro." Presiden Francois Hollande dan Canselor Angela Merkel, dipercayai tidak mampu menyelamatkan zon euro jika mereka hanya menggunakan pendekatan lama. Dan, tidak kurang yang sekadar pandai mengkritik kelemahan tonggak zon euro, seperti yang pernah ditunjukkan oleh Nick Clegg, Timbalan Perdana Menteri British. Namun beliau, seperti yang dibahaskan oleh Robert Skidelsky, celaru dengan dasar ekonominya sendiri, "memerlukan pertumbuhan dengan meneruskan jimat-cermat" - sesuatu yang mustahil dicapai.
Pendek kata, Eropah benar-benar bergelut dengan krisis tanpa kesudahan dan krisis demokrasi. "Tidak ada demo Eropah, dan dengan itu tidak demokrasi yang betul dalam Kesatuan Eropah secara meluas," bahas Timothy Garton Ash dalam The Guardian. Dipercayai bahawa di Eropah, demokrasi dalam krisis. Bahkan, bank-bank Eropah, menurut Robert Kuttner, melawan demokrasi Eropah.
Fareed Zakaria pernah membahaskan "adakah demokrasi sebagai sebahagian masalah ekonomi Eropah?" Pastinya, pertanyaan beliau itu bukan bertujuan mencetuskan polemik kerana wujud percanggahan yang berpanjangan antara kapitalisme dengan demokrasi. Jika Fareed nampaknya teragak-agak untuk mengatakan pendiriannya, Amartya Sen, Penerima Hadiah Nobel Ekonomi yang menulis dalam The New York Times, dengan berani menegaskan "krisis demokrasi Eropah."

Melihat krisis yang berpanjangan, Eropah, khususnya zon euro, tegas ahli ekonomi, Nouriel Roubini, memerlukan strategi pertumbuhan dan bukan lagi jimat-cermat; demikian juga pendirian para pemimpin G-8. Sementara Paul Krugman nampaknya senada dengan Roubini, menegaskan bahawa zon euro memerlukan pengembangan dan bukannya jimat-cermat. John Cassidy yang menulis dalam Fortune, juga menolak jimat-cermat, tetapi beliau mencadangkan Eropah memilih inflasi.
Setelah menyoroti krisis dan kemerosotan Eropah, pastinya masih ada yang tertanya-tanya apakah punca yang sebenar. Joel Kotkin yang menulis dalam Forbes, memberikan jawapan yang mungkin tidak diberikan perhatian oleh cerdik pandai atau pengulas lain. Bagi beliau, ancaman terbesar dalam jangka panjang terhadap Kesatuan Eropah kurang kena mengena dengan dasar kerajaan berbanding dengan apa yang berlaku atau tidak berlaku dalam bilik tidur.
Secara khusus, bencana ekonomi selatan Eropah adalah kedua-dunya menggambarkan dan terutamanya berpunca oleh kemerosotan demografi, yang jika tidak diperbetulkan segera, nescaya benua itu terus-menerus merosot. "Sejak berdekad-dekad, negara kaya di utara, terutamanya Jerman mengimbangi kadar kesuburan yang sangat rendah dan kemerosotan permintaan domestik dengan menarik kaum imigran dari negara lain, terutamanya dari timur dan selatan Eropah, dan membina ekonomi berorientasikan eksport yang sangat produktif."
Kotkin merumuskan, "kejatuhan kelahiran, kejatuhan kekayaan."
No comments:
Post a Comment