Artikel Popular

Wednesday, September 12, 2012

Wanita Wajar Dirogol?

RABU, 12 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Pada Ogos lalu, politik Amerika Syarikat diwarnai oleh kenyataan anggota Perwakilan Republikan, Todd Akin bahawa wanita yang menjadi mangsa "rogol sah," tidak akan mengandung.  Kenyataan yang dianggap bodoh itu   mencetuskan kontroversi bukan sahaja terhadap diri beliau yang akan bertanding jawatan Senator, tetapi juga terbawa-bawa kepada kempen Pilihan Raya Presiden, manakala Republikan bercakaran sesama sendiri.  Berikutan kenyataan itu, para pemimpin Republikan tidak lagi yakin bahawa Akin akan memenangi kerusi Senat Missouri.  Kenyataan itu juga merangsangkan lagi perang budaya dalam pilihan raya Amerika tahun ini.

Pendek kata, sebagaimana tentang politik, cerita rogol juga tidak habis-habis.  Beberapa bulan sebelum tercetusnya "rogol sah," Lakshmi Chaudhry menulis bahawa bagi polis India, wanita wajar dirogol.  Rogol di negara itu bukan sahaja dianggap sebagai hiburan, tetapi juga mangsa rogol diaibkan oleh pihak polis, dan kemudian kehidupan peribadi mangsa dibicarakan oleh media.

Memang wujud pelbagai prasangka dan stigma terhadap wanita mangsa rogol, tetapi yang perlu diingati ialah "betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...