Artikel Popular

Thursday, September 13, 2012

Mulut Wanita Semakin Membesar?

KHAMIS, 13 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Mulut manusia ada bermacam-macam jenis.  Tidak kurang pula kiasan dan ibarat: mulut murai, mulut tempayan, mulut laser. 

Bagi kaum wanita pula, mulut mereka sering menjadi perhatian kerana mulut itu membayangkan  "mulut" yang satu lagi. Simon Doonan yang menulis dalam Slate, memerhatikan bahawa mulut wanita membesar, dan membesar, dan membesar. Antara wanita yang mulut semakin besar, menurut Doonan, ialah Jackie Stallone, Ivone Weldon, Brigitte Bardon, Bianca Jagger, Naomi Campbell, dan Angelina Jolie.

Bagaimana pula dalam kalangan selebriti wanita di negara kita? Mungkin ada yang mulut mereka semakin membesar.  Anda pasti mempunyai jawapan yang lebih tepat siapakah mereka.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...