Artikel Popular

Sunday, September 30, 2012

Penulisan: Kata dan Idea

AHAD, 30 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Beberapa hari lalu, rakan Facebook, Nakamura Azmi  bertanya kepada saya mengapa tulisan saya dalam blog saya berbeza dengan tulisan saya  sebagai kolumnis  Dewan Masyarakat.  Saya menjelaskan bahawa saya bukan kolumnis majalah itu, sebaliknya saya hanya sebagai penyumbang.  Daripada soalan  yang dikemukakan oleh Azmi dan penjelasan yang saya berikan, kami berpindah kepada perbincangan tentang peningkatan mutu penulisan.

Dalam perbincangan itu, Azmi menyentuh majalah terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka itu yang bagi beliau kelihatan rigid, lalu beliau mencadangkan perlu mendapatkan nasihat perunding media. 

Kepada Azmi, saya mengakui bahawa dalam bidang penulisan, baik buku mahupun majalah/jurnal, kita jauh ketinggalan. Bukan saya ingin  puji Time, Newsweek, The Economist, dan akhbar di United Kingdom dan Amerika Syarikat,  tetapi hakikatnya memang terlalu jauh berbeza. Demikian juga ulasan buku, terutamanya dalam The New York Review of Books, London Review of Books, dan beberapa majalah Inggeris, memang hebat. Satu lagi, tambah saya,  majalah dan akhbar bahasa Inggeris memang kreatif, tajuk memang menarik, juga gambar dan tulisan. Kadang-kadang  tajuk filem/novel dijadikan tajuk tulisan, mungkin dengan sedikit ubah suai.

Walau agak lama juga saya menulis dalam majalah, saya hingga kini masih tidak jemu-jemu belajar untuk menambahbaikkan penulisan saya, termasuk ulasan buku. Sesungguhnya, dalam hal ini, Internet banyak membantu saya untuk menimba ilmu itu.

Tiga hari lalu, Arthur Applebee, menulis dalam The Atlantic bahawa penulisan yang hebat bukan sekadar bahasa, tetapi juga tentang idea.  Bagi Profesor Pendidikan ini, "penulisan yang hebat datangnya daripada idea yang hebat," seakan-akan mengingatkan saya pesanan bahawa "penulisan yang jelas datangnya daripada pemikiran yang jelas." Beliau seterusnya berpesan, "para perlu menguasai bahasa tulisan,  tetapi meraka juga perlu memperkaya topik yang ingin mereka tuliskan itu."

Sesungguhnya, Applebee mengemukakan idea yang baik lagi menarik untuk menghasilkan sebuah tulisan yang bermutu.


  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...