Artikel Popular

Friday, September 28, 2012

Laman Lucah

JUMAAT,  28 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Internet membolehkan seseorang itu berhubung dan mendapat maklumat atau berita di mana-mana sahaja dalam apa-apa sahaja bahasa.  Melalui   Google translate membolehkan seseorang itu  memahaminya, meskipun terjemahan tersebut banyak kelemahannya. Krisis zon euro, Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat, foto separuh bogel Kate Middleton, dan tubuh bikini Elisabetta Canalis,  tersebar ke seluruh dunia kerana adanya Internet.  Kehadiran Internet, menurut kajian Pew Research Center, sebagaimana akhbar, berita televisyen hilang khalayak.

Kehadiran media sosial turut membantu untuk melancarkan kempen atau propaganda, membangkitkan keriangan, atau mencetuskan keberangan. Segala-galanya tidak dapat ditutup, sebaliknya tersebar dengan mudah.  YouTube Innocence of Muslims, filem yang dihasilkan kira-kira dua bulan lalu, sejak dua minggu lalu tersebar secara meluas, mendorong umat Islam mengadakan tunjuk perasaan di seluruh dunia, meskipun tindakan itu, menurut  Jeffrey Goldberg, kurang mengena dengan video  tersebut. Demikian juga penjelasan Puteri Ameerah al-Taweel dari Arab Saudi, bahawa "bukan hanya kerana filem itu," tetapi penunujuk perasaan "kecewa, menganggur" hidup di negara tidak stabil dengan kerajaan dalam peralihan. 

Sementara itu, untuk sesiapa yang menghadapi kesukaran untuk mencari kelucahan pada Internet, menurut The Huffington Post, kini wujud enjin carian secara eksklusif untuk gambar kotor. CM Registry, syarikat yang beribu pejabat di Florida yang menyelia semua .xxx domain, melancarkan laman tersebut pada hari Khamis. 

Di samping enjin carian secara eksklusif untuk kelucahan,  menurut The Huffington Post lagi, Search.xxx berbeza daripada enjin carian lain, seperti Google dan Bing, dengan membolehkan para pengguna menapis hasil mengikut orientasi seksual.

Menurut laporan Forbes yang dikeluarkan pada tahun lalu, kira-kira 13 peratus carian Internet adalah "kandungan erotik" pada tahun yang berakhir pada Julai 2010.  Kira-kira empat peratus daripada satu juta laman Web dengan trafik yang tinggi adalah tertumpu pada perkara berkenaan.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...