Artikel Popular

Friday, September 14, 2012

Akses yang Tidak Pernah Berlaku Dahulu

JUMAAT, 14 Sepember 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Tulisan Michael Lewis,  "Obama's Way" dalam Vanity Fair keluaran Oktober, mendapat perhatian, antaranya oleh Michael Calderone dalam The Huffington Post dan Glenn Greenwald dalam The Guardian.  Hal ini demikian kerana Lewis mendapat akses yang sungguh istimewa  Presiden Barack Obama yang tidak pernah dinikmati oleh penulis lain sebelum ini.

Bahkan, Lewis sendiri memberitahu dalam program televisyen bahawa beliau mendapat akses selama enam  bulan lalu, di Rumah Putih, ketika  dalam Air Force One, dalam kereta Presiden, dan ketika di gelanggang bola keranjang.

Lewis, kolumnis Bloomberg, muncul dalam saluran televisyen Bloomberg pada hari Khamis semalam, menyatakan bahawa beliau menyokong Demokrat.

Untuk menjadikan sesebuah tulisan itu berwibawa dan menarik, penulisnya perlu turun padang dan bukan sekadar menulis "di atas katil" atau sekadar berkongsi pengalaman orang.  Sebaliknya, penulis berkenaan perlu mendedahkan pengalamannya, seperti yang dilakukan oleh Michael Lewis selama berbulan dengan Obama untuk mendapatkan bahan tulisannya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...