Artikel Popular

Monday, September 24, 2012

Kem Latihan Feminisme Global

ISNIN,  24 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Penglibatan pihak asing dalam  perjuangan  hak asasi manusia di sesebuah negara, seperti yang dikatakan berlaku di Malaysia, iaitu membabitkan  hartawan George Soros.  Bagi golongan feminisme, mereka juga tidak perlu bimbang kerana wujud pihak  yang sedia menghulurkan bantuan, tetapi bukan dari segi  kewangan.

Seperti yang dilaporkan oleh Kim Willsher dalam The Observer, Femen, kumpulan feminis yang berpusat di Ukraine, bersedia mengambil kaum wanita untuk menyertai latihan di "kem latihan antarabangsa" pertama yang terletak di selatan Paris.  Namun, wanita yang mengikuti latihan itu perlu mempunyai kecekalan yang luar biasa, iaitu siap siaga untuk berperang dan berani mendedahkan diri mereka dalam keadaan separuh bogel.

Bagi wanita yang sering turun ke jalanan untuk mengadakan tunjuk perasaan, mereka sepatutnya mempersiapkan diri mereka di kem latihan Femen itu. 



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...