Artikel Popular

Monday, September 17, 2012

Hirsi Ali: Keberangan Orang Islam

ISNIN, 17 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Salah mangsa, iaitu orang Islam.  Amerika Syarikat jangan tunduk pada desakan puak Islamis.  "Kita mesti mengangkat kepala kita dalam menghadapi orang Islam yang mengadakan tunjuk perasaan baru-baru ini."   Demikian pesanan amanat Ayaan Hirsi Ali, "Islamist's Last Stand" dalam  keluaran terbaharu Newsweek. Dan, bagi Hirsi Ali,  "hanya dirinya dan Salman Rushdie yang betul, manakala kira-kira 1.5 bilion orang Islam di pihak yang salah."

"Untuk gelombang terkini gelombang kemarahan yang melanda seluruh dunia Islam, kita sepatutnya tidak berputus asa," bahas Hirsi Ali.  "Ya, ini menjejaskan Pemberontakan Arab.  Ya, ini pertumpahan darah, bahaya, dan kacau-bilau di jalanan.  Ya, orang yang tidak berdosa terkorban dan kerajaan mereka tidak berkuasa.  Akan tetapi, ini akan berlalu dengan pantas."

Bagi Hirshi Ali, sebagaimana Amerika dan negara Barat membantu melenyapkan Kesatuan Soviet, hal yang sama dapat mereka lakukan di negara Islam dengan membantu rakyat di negara membebaskan diri mereka daripada kerajaan yang mereka pilih.

"Kita mesti sabar.  Amerika perlu memperkasa individu dan kumpulan yang telah pun berasa kecewa dengan Islam politik dengan membantu mencari dan membangunkan alternatif," tegas Hirsi Ali. "Pada teras alternatif itu ialah keunggulan kedaulatan undang-undang dan kebebasan berfikir, beribadat, dan penyataan.  Untuk nilai ini, maka tidak boleh atau  sepatutnya tidak  ada kemaafan, tidak ada menyembah-nyembah, dan tidak ada teragak-agak."

Ayaan Hirsi Ali nampaknya mengalu-alukan campur tangan Washington di negara Islam, meskipun dasar ini terbukti gagal, terutamanya pada era George W. Bush.  Pendirian Hirsi Ali ini, pastinya jauh berbeza dengan analisis yang dikemukakan oleh Robert Wright dalam The Atlantic, yang cuba menyelongkar punca orang Islam membantah atau menentang Amerika Syarikat.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...