Artikel Popular

Friday, September 14, 2012

Jarum yang Mujarab

JUMAAT, 14 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Memang sakit.  Akan tetapi, sakit yang diakibatkan oleh jarum ini dapat menyembuhkan penyakit. 

"Akupunktur berkesan," tulis Lindsay Abrams dalam The Atlantic.  "Akupunktur mungkin memberikan keredaan sebenar untuk sakit kronik," tulis Alice Park dalam Time.

Kedua-dua tulisan ini merujuk kajian yang diterbitkan dalam Archives of Internal Medicine yang melibatkan analisis meta 18,000 orang pesakit daripada 29 kajian yang dikawal secara rawak, mendapati bahawa rawatan tersebut lebih berkesan daripada kawalan dari segi  melegakan sakit belakang, tekak, osteoartritis, sakit kepala yang kronik, dan sakit bahu.  Yang nyata, kajian itu juga mendapati bahawa akupuntur sebenar lebih berkesan daripada rawatan mainan.


Justeru, jangan takut akan cucukan jarum!  Meskipun sakit, ada nikmatnya.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...