Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Dispora orang Islam yang berkembang di Barat, dan golongan kelas menengah yang meningkat di negara Islam, menurut Nesrine Malik dalam The Guardian, membentuk apa yang dianggarkan AS$2 trilion pasaran dalam barang dan "pengalaman" halal. Produk halal itu terdiri daripada minyak wangi, ubat gigi, kosmetik, di samping hotel dan tempat peranginan percutian "halal."
Pendek kata, industri halal berkembang pesat, daripada produk kepada kewangan. Adakah usahawan dan pemimpin negara Islam memanfaatkan sebaik-baik mungkin perkembangan ini?
Malaysia misalnya, terkenal sebagai pusat kewangan Islam, tetapi tidak menjamin bahawa status ini akan terus kekal kerana negara bukan Islam, seperti Singapura dan Hong Kong sedang berusaha ke arah ini. Malaysia juga memperkenalkan "sijil halal," tetapi langkah yang positif ini terpaksa bergelut dengan "pita merah" yang boleh membantutkan perkembangan industri.
No comments:
Post a Comment