Artikel Popular

Friday, September 21, 2012

Kopi? Teh?

JUMAAT, 21 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Sama ada kopi ataupun teh, baik untuk kesihatan terus diperdebatkan.  Kopi, menurut The Huffington Post, dikaitkan dengan pengurangan risiko kanser kulit dan prostat.  Minuman ini mungkin mengurangkan risiko kemurungan dalam kalangan wanita, melindungi anda daripada diabetes Jenis 2.  Kopi menghindarkan penyakit Alzheimer dan Parkinson.  Dan kopi rasanya enak.  


Sebaliknya, Lindsay Abrams yang menulis dalam The Atlantic, mengemukakan alasan mengapa seseorang itu patut minum teh lebih, iaitu dari segi kehilangan berat badan, kesihatan jantung, dan kekuatan tulang dan otot.

Yang mana satu pilihan anda? Kopi atau teh?  

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...