Artikel Popular

Monday, September 24, 2012

China Terbakar Dunia Hangus

ISNIN, 24 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Gordon G. Chang yang menulis dalam Forbes, sememangnya betul apabila cuba menarik perhatian bahawa China terbakar.  Selain persengketaan dengan Jepun kerana merebut Kepulauan Senkaku di Laut China Timur, yang juga dibangkitkan oleh Chang, sektor pembuatan negara itu dilaporkan merosot untuk 11 bulan berturut-turut.

Mengulas kemerosotan sektor pembuatan itu bersama-sama kemelesetan di Eropah dan  kelemahan sektor pembuatan di Amerika Syarikat,  Larry Elliott, menegaskan bahawa kemelesetan global diramalkan. Empat tahun selepas keruntuhan Lehman Brothers memacu kemelesetan yang teruk sejak tahun 1930-an, hujah beliau, pelbagai data muram yang mendedahkan pergelutan yang terpaksa dihadapi oleh para penggubal dasar untuk merangsang aktiviti.  Jepun yang terlibat dalam pertikaian wilayah dengan China, menurut Elliott, mencatatkan kejatuhan eksport untuk bulan keempat, meletakkan negara dalam defisit perdagangan untuk tahun kedua.

Dalam tulisan yang lain, Elliott menegaskan bahawa ekonomi global masih jauh untuk mencapai pertumbuhan mapan.  Sementara itu, Organisasi Perdagangan Sedunia (WTO), dilaporkan, mengurangkan ramalan untuk pertumbuhan perdagangan global tahun ini kepada 2.5 peratus daripada 3.7 peratus.

Namun, mungkin tidak tepat bahawa nasib ekonomi global bergantung pada China semata-mata, kerana seperti yang dibahaskan oleh Robert Shiller baru-baru ini, diancam oleh peristiwa di negara yang mempunyai 11 juta orang penduduk:  Greece. 




No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...