Artikel Popular

Thursday, September 27, 2012

Perubahan Cuaca Merosakkan Ekonomi

KHAMIS, 27 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Bukan sahaja krisis kewangan, pembatalan kawal selia, liberalisasi, dan pergolakan politik, bahkan perubahan cuaca merosakkan ekonomi.  Seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, perubahan cuaca telah pun menyumbang kepada kematian hampir 400,000 orang dan menyebabkan dunia menanggung kos lebih AS$1.2 trilion, melesapkan 1.6 peratus setahun daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK).

Kesannya telah pun dirasai kebanyakannya di negara membangun, dengan kerosakan terhadap pengeluaran pertanian akibat cuaca yang melampau yang dikaitkan dengan perubahan cuaca adalah menyumbang kepada kematian akibat kurang pemakanan, kemiskinan, dan penyakit yang berkaitan.

Akhbar itu memetik kajian yang dijalankan oleh DARA group, sebuah pertubuhan bukan kerajaan, dan Climate Vulnerable Forum, yang ditulis oleh lebih 50 orang ahli sains, ahli ekonomi dan pakar dasar, dan dilantik oleh 20 buah kerajaan.

Pada tahun 2030, para penyelidik menganggarkan kos perubahan cuaca bersama-sama pencemaran udara akan meningkat kepada 3.2 peratus KDNK global, dengan negara kurang maju di dunia diramalkan menerima bahagian yang paling hebat, menanggung kerugian hingga 11 peratus KDNK mereka. 


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...