Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Satu demi satu dapatan kajian yang menyangkal tanggapan umum tentang kesihatan, seperti baru-baru ini tentang makanan organik yang nyata tidak berkhasiat.
Sejak bertahun-tahun, para doktor dan pakar kesihatan mencadangkan pengambilan tambahan minyak ikan, kaya dalam asid lemak omega-3, untuk mengurangkan risiko sakit jantung. Akan tetapi, kajian terbaharu tentang perkara ini, menurut Alice Park yang menulis dalam Time, iaitu analisis tentang percubaan klinikal sebelum ini tentang kesan omega-3, menunjukkan bahawa tambahan itu tidak merendahkan risiko pengguna daripada serangan jantung, strok, kematian mengejut atau kematian akibat penyakit jantung atau mana-mana punca. Meskipun kadar kejadian ini adalah rendah bagi mereka yang mengambil tambahan omega-3 jika dibandingkan mereka yang tidak mengambil omega-3, perbezaan tersebut tidak membawa makna dari segi statistik.
No comments:
Post a Comment