Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Media, seperti majalah dipercayai dapat mempengaruhi tanggapan masyarakat, pendapat awam, dan dasar nasional. Majalah juga dipercayai membentuk budaya seksual. Sementara di negara kita, majalah yang sering mendedahkan kisah hantu dan cerita seram dikatakan mendorong masyarakat untuk mempercayai tahayul.
Pendek kata, pengaruh majalah sangat besar dan luas. Maka, apabila Lindsay Abrams mencatatkan tanggapan tentang seks dalam kalangan wanita yang membaca Cosmopolitan, pastinya itu tidak sama sekali memeranjatkan.
Lindsay dalam tulisannya itu memetik kajian tentang kesan jangka pendek pembacaan majalah wanita terhadap sikap seksual wanita. Majalah, seperti Cosmopolitan, jelas Lindsay, "berpotensi kedua-duanya, iaitu dari segi pemerkasaan dan kesan pemasalahan terhadap perkembangan identiti seksual wanita."
No comments:
Post a Comment