Artikel Popular

Sunday, September 9, 2012

Lindsay, Madonna, dan Obama

AHAD, 9 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Presiden Barack Obama selalu dilihat dikelilingi oleh selebriti sehingga menjadi modal lawannya, Mitt Romney dan kempenya untuk menggasak beliau. Daripada majlis pengumpulan dan kepada Persidangan Kebangsaan Parti Demokratik yang baru sahaja berakhir di Charlotte, menyaksikan kehadiran selebriti.  

Bintang terkenal George Cloney, Sarah Jessica Parker,  Beyonce, Scarlett Johansson,  Eva Longoria, dan  Morgan Freeman sekadar menyebut beberapa nama, ialah penyokong setia Obama.  Demikian juga Ashley Judd, seniwati terkenal, yang terang-terang menyatakan sokongannya kepada Obama dan turut hadir ke persidangan itu.

Tidak ketinggalan Lindsay Lohan yang menghantar mesej melalui Twitter untuk Obama, mencadangkan agar beliau memotong cukai untuk mereka yang tersenarai dalam Forbes sebagai "jutawan," jika mereka belum menikmati kemudahan ini, anda mesti mempertimbangkannya juga.

LiLo menghantar mesej itu berikutan ucapan Barack Obama yang bersetuju menerima pencalonan dalam Persidangan Kebangsaan Parti Demokratik.  Dan, ketika itu juga, Madonna yang sibuk  mengadakan persembahan di Yankee Stadium di Bandar Raya New York, menunjukkan kepada para penonton bagaimana sayangnya dia pada Obama.  Penyanyi terkenal itu menunjukkan  tatu "Obama" yang terukir pada tubuhnya.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...