Artikel Popular

Saturday, September 15, 2012

Hangat: Foto Kate Middleton Separuh Bogel

SABTU,  15 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Kate Middleton yang kini mengiringi suaminya, Putera William melawat Malaysia  menjadi tumpuan  media. Tumpuan itu bukan kerana di negara ini beliau menyampaikan ucapan pertama di negara asing,  tetapi kerana sesuatu yang lain, yang lebih hangat.

Ketika  Kate Middleton dan suaminya  berada di negara ini, pada hari Jumaat semalam terbongkar skandal  apabila majalah Perancis, Closer menerbitkan beberapa foto Kate berjemur dalam keadaan separuh bogel, menghantar gelombang kejutan di seluruh dunia dan mendorong keluarnya kenyataan keras daripada pihak istana kerana kerabat diraja itu masih bingung dengan skandal foto bogel Putera Harry

Skandal kerabat diraja ini mendapat liputan media, antaranya The Huffington Post, Time, dan The Daily Beast, The Independent, The Telegraph,  manakala  The Guardian yang turut memberikan liputan mengemukakan soalan untuk dijawab oleh para pembaca:  Adakah salah menerbitkan foto separuh bogel Duchess dari Cambridge?  Sementara itu, majalah Closer di Britain terpaksa menjauhkan diri, tidak terbabit dengan penerbitan foto berkenaan.

Pasangan diraja ini yang naik murka, menurut The Guardian,  The Independent, The Telegraph, Daily Mail, dan The Daily Beast,  akan mengambil tindakan undang-undang terhadap penerbit majalah berkenaan, yang  mempunyai kaitan dengan bekas Perdana Menteri Itlay, Silvio Berlusconi.

Tanya Gold dalam ulasannya tentang foto Kate itu, menegaskan bahawa "akan hanya menambah mitos monarki" dan merupakan pencabulan yang sungguh keras terhadap privasi.

Lawatan Kate dan William ke masjid di Kuala Lumpur pada hari itu dikatakan dibayangi oleh pendedahan foto separuh bogel.



No comments:

Post a Comment

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...