Artikel Popular

Friday, September 21, 2012

Untuk Mengumpulkan Kekayaan Waris Walton, Anda Perlu Bekerja di Walmart Tujuh Juta Tahun

JUMAAT, 21 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Forbes 400 menyenaraikan orang terkaya Amerika, seperti yang dipetik dalam blog ini, semalam.  Tergolong dalam 10 orang teratas ialah empat anggota keluarga Walton, yang juga dalam tergolong dalam Indeks Hartawan Bloomberg.

Josh Harkinson yang menulis dalam Mother Jones, mengulas penggolongan waris Walton dalam Forbes 400, memberitahu "jika anda ingin mengumpulkan kekayaan, seperti yang mereka miliki itu, anda perlu bekerja di Walmart milik mereka selama tujuh juta tahun."  Dengan kekayaan mereka bernilai AS$115 bilion, dan tegas Harkinson, "untuk kali pertama dalam sejarah Amerika bahawa satu keluarga menguasai kekayaan 12 angka."

Sementara orang terkaya Amerika masih Bill Gates, hujah beliau, tempat keenam, ketujuh, kelapan, dan kesembilan Amerika semuanya keluarga Walton.




Pekerja Walmart purata, menurut Harkinson, memperoleh pendapatan hanya AS$8.81 sejam.  Dengan kadar upah itu, Membuat Perubahan yang disokong kesatuan sekereja dalam kempen Walmart menghitung pekerja Walmart akan memerlukan:
  • Tujuh juta tahun untuk memperoleh sebanyak kekayaan yang dimiliki keluarga Walton (dengan andaian pekerja tidak membelanjakan wang itu).
  • 170,000 tahun untuk memperoleh wang sebanyak keluarga Walton terima setahun dalam bentuk dividen Walmart.
  • Setahun untuk memperoleh wang sebanyak keluarga Walton peroleh dalam bentuk dividen Walmart setiap tiga minit.

Sebelum ini, Harkinson pernah menulis kekayaan enam waris Walton lebih 42 peratus  orang Amerika yang digabungkan.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...