Artikel Popular

Tuesday, September 18, 2012

Kulit yang Mencetuskan Keberangan

SELASA,  18 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Seperti sebelum ini, sekali lagi Newsweek muncul dengan kulit depan yang kontroversi.  Yang terbaharu, "Muslim Rage" yang menggambarkan orang Islam di serata dunia naik histeria dan berang terhadap video YouTube, Innocence of Muslims yang berselindung di sebalik kebebasan bersuara.  

Seperti diperkatakan sebelum ini, rencana utama pula ditulis oleh Ayaan Hirsi Ali, yang terkenal dengan anti-Islam, juga mencetuskan kontroversi.  Turut dimuatkan ialah tulisan Niall Ferguson, yang mengkritik dasar Presiden Barack Obama di Timur Tengah, yang tidak berpegang pada pesan Machiavelli:  "lebih baik ditakuti daripada disayangi."  Kini, Amerika tidak mempunyai kedua-duanya, tegas sejarawan Harvard itu yang mengkritik Obama kerana enggan menandakan "garisan merah" terhadap program nuklear Iran.   

Ferguson juga menegaskan bahawa pihak yang menerima faedah daripada Revolusi Arab ialah organisasi yang terkenal dengan anti-Amerika, seperti Ukhwan Muslimin, tetapi Amerika Syarikat meneruskan bantuan kepada Mesir lebih AS$1 bilion setahun.  "Negara itu pernah menjadi sekutu Amerika.  Minggu lalu, Presiden Obama mengakui bahawa kini, bukan musuh dan bukan juga kawan."

Kulit majalah tersebut, menurut The Huffington Post, seperti yang dijangkakan mengundang sejumlah besar kritikan, termasuk daripada The Telegraph, yang sepatutnya tidak dilakukan oleh majalah yang hebat itu.  Megan Garber dalam The Atlantic  melihat pembabitan  media sosial dalam menilai gambar kulit itu. 





No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...