Artikel Popular

Monday, September 24, 2012

Quebec: Penutur Bahasa Inggeris Berasa Terancam

ISNIN,  24 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Jika kita menyediakan senarai bahasa yang paling selamat, iaitu tidak diancam oleh bahaya kepupusan, ialah bahasa Inggeris.  Jika kita mengatakan bahawa penutur bahasa Inggeris berasa bimbang akan masa depan bahasa mereka, mungkin banyak orang akan ketawa.  Kepupusan bahasa biasanya dikaitkan dengan kematian penutur terakhir bahasa itu.

Di Quebec, seperti yang dilaporkan oleh Hillary Brenhouse dalam Time, penutur bahasa Inggeris semakin berwaspada berikutan kemenangan parti yang memperjuangkan pemisahan wilayah itu dalam pilihan raya baru-baru ini. Pada 4 September lalu, Quebec memilih Pauline Marois daripada Parti Quebecois (PQ) sebagai Perdana Menteri wanita pertama wilayah itu.  Dengan kemenangan parti tersebut, rasa tidak selesa dan ketidakpastian menghantui lapan peratus daripada lapan juta penduduk di Quebec,  yang bertutur dalam bahasa Inggeris sebagai bahasa pertama.

Parti pimpinan Pauline itu dijangkakan mendaulatkan bahasa Inggeris dengan meminggirkan bahasa Inggeris.  Kemenangan parti beliau disambut dengan rasa tidak puas hati dalam kalangan penutur bahasa Inggeris, terutamanya mereka berasa terasing dari segi budaya di rumah mereka.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...