Oleh: ZULKIFLI SALLEH
Adakah kepercayaan pada syurga menyebabkan berlakunya jenayah di dunia? Carta harian The Economist cuba memberikan jawapannya dengan memetik kajian yang diterbitkan dalam PLos ONE, oleh Azim Shariff dan Mijke Rhemtulla yang membandingkan kadar jenayah dengan kadar kepercayaan terhadap syurga dan neraka di 67 buah negara.
Jangan terperanjat jika kajian itu menunjukkan bahawa di negara yang masyarakatnya percaya akan syurga lebih cenderung melakukan jenayah. Hal ini demikian kerana mereka mempercayai dosa mereka diampunkan pada hari akhirat berbanding dengan azab yang akan mereka terima kelak.
Kajian itu melibatkan penganut agama Katolik, Kristian bukan Katolik, Islam, dan agama lain. Pastinya, kajian seperti ini mencetuskan kontroversi dan dipersoalkan, tetapi kedua-dua pengkajinya memberikan respons.
No comments:
Post a Comment