Artikel Popular

Monday, September 10, 2012

Di Sebalik Senyum Orang Politik

ISNIN, 10 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Orang politik,  wajar senyum sokmo.  Kalau tidak, nescaya pendek rasmi. Namun, pernahkah kita cuba mentafsirkan sesuatu di sebalik senyum itu?  Hal ini demikian, kerana senyum itu ada macam-macam: senyum sinis, senyum kambing,  senyum paksa, senyum dibuat-buat, senyum tawar, senyum hambar.

Patrick A. Stewart yang menulis dalam The Washington Post, cuba mengupas dan membahaskan apa yang difikirkan oleh dua calon Presiden Amerika Syarikat, iaitu Barack Obama dan Mitt Romney, di sebalik senyuman mereka.  Stewart yang mengikuti ucapan kedua-dua calon tersebut ketika persidangan parti masing-masing mencatatkan:  Apabila menerima pencalonan daripada Parti Republikan, Romney senyum 11 kali dalam masa 38 minit.  Kebanyakan senyumannya adalah respons terhadap tepukan khalayak, gelak ketawa, dan meneriakkan namanya, tetapi senyuman itu berbeza dari segi masa dan keamatan.   Sementara itu, Obama hanya senyum lima ketika beliau berucap selama 39 minit di Charlotte. Presiden tidak semestinya muram, tetapi ucapan beliau adalah berbeza.  Sementara Romney menghabiskan sebanyak masa untuk memperkenalkan dirinya kepada para pengundi, Obama pula tertumpu pada rekod prestasi dan rancangannya, bukannya pada biografinya.  "Retorik yang berbeza untuk senyuman yang berbeza," tegas Stewart.

Wujud empat jenis senyuman yang berseri-seri ketika persidangan tersebut, jelas Stewart, untuk dua calon yang berlumba ke Rumah Putih.  "Kita tidak dapat membaca minda mereka, tetapi kita kita dapat mencuba membaca wajah mereka."

Yang pertama, senyum pura-pura yang kadangkala dirujuk senyuman palsu. Romney banyak memberikan senyuman ini ketika beliau berucap, manakala senyuman pura-pura kelihatan sebaik-baik sahaja beliau selesai berucap.

Yang kedua, senyum tawar, senyuman ini lebih  jujur daripada senyum pura-pura. Apabila Romney mempamerikan senyum tawar ketika beliau berucap, senyuman itu menyusul tepukan kerana komen tentang dirinya dalam kumpulan, jenaka tentang senarai permainan  iPod beliau yang lebih baik daripada regunya, Paul Ryan miliki, menjelaskan ibu bapa berpindah ke Detroit.  Seyum tawar beliau kelihatan kuat apabila beliau mengenang semula bagaimana beliau mengambil risiko terhadap kilang Steel Dynamics yang dibiayai oleh Bain Capital.  Senyuman ini menunjukkan bahawa Romney benar-benar bangga tentang pencapaiannya.  

Obama pula mempamerkan senyum tawarnya apabila beliau melangkah ke pentas tempat berucap, disambut oleh tepukan dan teriakan.  Lagi satu selepas beliau menyatakan betapa bangganya terhadap dua anak perempuannya, dan berjenaka:  "Ya, anda terpaks ke sekolah pada waktu pagi."  Senyuman ini terlalu kuat, hampir merupakan senyum keriangan.

Yang ketiga, senyum keriangan yang menunjukkan kepercayaan. Kedua-dua calon, iaitu Obama dan Romney tidak mempamerkan senyuman ini ketika mereka berucap.  Hal ini secocok dengan naratif konvensional tentang empat tahun lalu, iaitu kepartian terus menjadi-jadi, negara berpecah belah, dan pertaruhan tinggi.  Romney dan Obama mempamerkan senyum keriangan apabila mereka beredar dari pentas tempat berucap.  Romney senyum dan ketawa apabila disertai oleh Ryan; Obama senyum dan ketawa apabila keluarganya naik ke atas pentas. Bagi kedua-dua calon ini, senyum keriangan mungkin terbatas pada interaksi dengan orang yang mereka berasa selesa, sama ada regu atau anggota keluarga.

Yang keempat, senyum sekejap  adalah lebih peribadi, iaitu "senyum untuk diri anda."  Senyuman ini mungkin salah satu mana-mana senyuman yang dibincangkan, tetapi tidak semestinya respons terhadap sorokan, gelak ketawa, terikan atau bu daripada khalayak. Kedua-dua calon ini mempamerkan senyuman ini ketika mereka berucap.

Mungkin kita boleh menggunakan empat jenis senyuman yang diperkenalkan oleh Patrick A. Stewart, Profesor Sains Politik di  University of Arkansas untuk  ahli politik di negara kita ketika mereka berucap.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...