Artikel Popular

Wednesday, September 19, 2012

Foto Kate: Berlusconi Tumpang Sekaki

RABU, 19 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Pasangan diraja, iaitu Putera William dan Kate Middleton, dilaporkan  menang dalam pertarungan undang-undang apabila mahkamah Perancis memerintahkan penerbit majalah menyerahkan salinan digital foto separuh bogel Kate dalam masa 24 jam dan menyekat penerbitan seterusnya. 

Walau bagaimanapun, penerbitan foto tersebut tidak terbatas di Perancis semata-mata. Selain diterbitkan dalam akhbar di Ireland, majalah di Italy, seperti yang dilaporkan oleh The Guardian, The Huffington Post, dan Time, juga menerbitkan foto berkenaan.

"Scandal in the Court:  The Queen is Naked" ialah tajuk depan Chi, majalah tabloid yang dimiliki oleh bekas Perdana Menteri Silvio Berlusconi, dan diurus oleh anak perempuannya, Marina. Dalam 19 halaman yang diterbitkan pada hari Isnin, mengandungi gambar berbintik-bintik yang diambil dengan menggunakan lensa telefoto dan Kate dapat dilihat sedang menyapu losen suntan di bahu suaminya, Putera William.

Marina dalam jawapannya terhadap surat kepada editor memperhankan bekas Perdana Menteri itu.  "Ayah saya ialah ahli politik, dan dengan penuh hormat, beliau mempunyai perkara lain yang perlu difikirkan berbanding dengan foto yang diambil."

Sementara itu, ulasan tentang foto Kate itu masih belum reda, seperti yang dapat diperhatikan melalui tulisan Jonathan Jones.  Sebelum ini, Suzy Parker menulis dalam The Washington Post bahawa cara yang menyayukan untuk menjual akhbar.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...