Artikel Popular

Monday, September 17, 2012

Rakyat Amerika Hidup dengan Subsidi

ISNIN, 17  September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Dalam Time keluaran 17 September, Michael Grunwald, menulis aspek negara kebajikan yang diamalkan di Amerika Syarikat dan bagaimana semua orang rakyat Amerika bergantung padanya.  Beliau amat berbangga dengan kewujudan Kerajaan Besar dan mengaku bahawa  beliau hidup dengan subsidi kerajaan. 

Antara subsidi yang diberikan kerajaan, menurut Grunwald, subsidi kapas hampir AS$1.3 bilion setahun, sekurang-kurangnya AS$15 bilion untuk menyokong ladang, AS$3800 dalam bentuk pengecualian cukai pendapatan untuk seorang anak dan pengecualian yang lebih besar untuk penjagaan kanak-kanak, potongan untuk belanja penjagaan kesihatan AS$184 bilion setahun, subsidi tenaga AS$138 bilion pada tahun 201, potongan cukai kedermawanan yang kerajaan tanggung sebanyak AS$40 bilion setahun, susut nilai harta perniagaan yang ditanggung oleh Rizab Persekutuan sebanyak AS$5.7 bilion pada tahun 2011, potongan faedah gadai janji rumah  yang ditanggung oleh Perbendaharaan sebanyak AS$84 bilion setahun, dan kira-kira AS$450 juta dalam perbelanjaan Persekutuan adalah untuk penyiaran awam.

Jelas Grunwald, sepanjang hari beliau hidup dengan subsidi:  Pukul 7.00 pagi: subsidi makanan, air, elektrik, dan pakaian; 9.00 pagi - 1.00 tengah hari: subsidi pengangkutan, tempat perlindungan, senaman, dan pekerjaan; 1 tengah hari - 6.00 petang: subsidi ubat, simpanan, dan perniagaan; 6.00 petang: subsidi penjaga budak elektronik; 10.00 malam: subsidi perkhidmatan pos.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...