Artikel Popular

Friday, September 14, 2012

"Nama Saya Bond, James Bond"

JUMAAT, 14 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH


Saya masih ingat bahawa filem James Bond pertama yang saya tonton ialah Thunderball di panggung Rex, Kuala Terengganu, yang merupakan filem keempat, selepas Dr. No, From Rusia with Love, dan Goldfinger.   Ketika itu saya masih belasan tahun, tetapi hingga kini saya masih belum jemu untuk filem itu, meskipun pelakon watak perisik British itu dan watak lain sudah berubah.  

Ketika saya berhijrah ke Kuala Lumpur, saya menonton beberapa filem ini di panggung Federal, termasuk lakonan Roger Moore, iaitu Live and Let Die, dan pada pertengahan tahun 1970-an, beberapa kali menonton di panggung yang terletak di Ampang Parks. Apabila pita video memasuki pasaran, saya menggunakan kesempatan ini untuk menonton beberapa  filem James Bond.  Tidak ketinggalan saya  menonton filem yang pernah disiarkan oleh TV2, dan kini, melalui saluran Cinemax (Astro 412).

Tanpa disedari bahawa filem James Bond genap 50 tahun.  Bersempena dengan usia setengah abad itu,  melalui  makalahnya, "The Birth of Bond" dalam Vanity Fair, David Kamp memperkatakan filem ini dengan panjang lebar.


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...