Artikel Popular

Thursday, September 27, 2012

Jeffrey Sachs: Bagaimana Membina Model Ekonomi

KHAMIS, 27 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH




Sejak krisis kewangan berlaku kira-kira empat tahun lalu, ahli ekonomi, penggubal dasar, dan bahkan para pemimpin berusaha mencari model ekonomi.  Sesetengahnya kembali semula kepada John Maynard Keynes, dan ada yang pergi lebih jauh, iaitu kepada Karl Marx.

Dalam banyak sejarah pembaharuan ekonomi yang paling berjaya, hujah Jeffrey Sachs, negara yang cerdik belajar daripada kejayaan dasar negara lain, mengubahsuaikannya mengikut keadaan tempatan.  Dalam sejarah panjang pembangunan ekonomi, menurut beliau, Britain pada abad ke-18 belajar daripada Belanda, Prusia awal abad ke-19 belajar daripada Britain dan Perancis; Meiji Jepun pertengahan abad ke-19 belajar daripada Jerman; Eropah pasca-Perang Dunia Kedua belajar daripada Amerika Syarikat; dan  China Deng Xiaoping belajar daripada Jepun.

Menerusi proses peminjaman institusi dan adaptasi kreatif, jelas Sachs, institusi ekonomi yang berjaya dan teknologi termaju tersebar ke seluruh dunia, dan dengan itu, merangsang pertumbuhan global.  Hari ini juga, tegas beliau, wujud beberapa peluang besar untuk jenis "arbitraj dasar," jika lebih banyak negara hanya mengambil masa untuk belajar daripada kejayaan negara lain.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...