Artikel Popular

Wednesday, September 26, 2012

Obama "Orang Islam Hitam di Rumah Putih"

RABU, 26 September 2012
Oleh:  ZULKIFLI  SALLEH



Madonna  sering mencetuskan kontroversi ketika dia mengadakan pertunjukan dengan mendedahkan tubuh yang semakin kurang seksi kerana dimakan usia.  

Ikon tahun 1980-an ini sekali lagi mencetuskan kontroversi, tetapi bukan dengan mendedahkan tubuhnya kepada para penonton, sebaliknya ketika mengadakan konsert, dia  mengatakan bahawa, "Obama ialah 'orang Islam  Hitam di Rumah Putih'," seperti yang dilaporkan oleh The Huffington Post.  Maka, tegas Madonna, beliau wajar diundi. "Walau apa-apa sekalipun, betul, kita mempunyai orang Islam hitam di Rumah Putih, okey?" Madonna menyokong Obama dengan menyebutnya IslamSebelum ini, Madonna mendedahkan tatu "Obama" yang tertera pada badannya.  

Komen bahawa Obama ialah orang Islam, bahas Suzi Parker dalam The Washington Post, mengasak ideologi kanan.  Kempen Obama pastinya mengesot.  "Adakah Madonna hanya bersikap ironik? Atau adakah dia benar-benar fikir Obama Islam? soal Suzi. 

Sejak Presiden Barack muncul di tengah pentas politik, beliau sering dikaitkan dengan Islam, selain "sosialis Kenya."  Hingga kini, penyokong Republikan masih percaya bahawa Obama Islam.  Pada takat tertentu, Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat kali ini, adalah antara "Barack Obama Islam dengan Mitt Romney Mormon."


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...